BERJALAN : MELIHAT : MENTAFSIR

BIOGRAPHY

NAMA
REYNULLAH MOHD SAUKI
ASAL
KLUANG, JOHOR
TARIKH LAHIR
22 OGOS 1985

PENDIDIKAN
MRSM TERENDAK (1998-2001)
MRSM-YT BESUT (2002)
KOLEJ MATRIKULASI KEDAH (2003-2004)
UNIV. TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (2004-2008)
ISM. PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

MAJIKAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
JABATAN
JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

THAT'S ALL....
(^-^)

LIFE IS A SERIES OF SCENE




MIND OUR OWN WORDS

The rain, the winter spring has made us fade away

Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Kerana hanya mereka yang itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.

ENJOY WITH OUR LIFE...



Maher Zain - For The Rest Of My Life

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acapkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan untuk kita.

RENUNG-RENUNGKANLAH.....



“life will be better with smile”
November 2010 January 2011

aktiviti yang best
Friday, November 26, 2010 || 5:50 PM

Ni citer lama, tapi tetap jadi kenangan yang best... Cabaran di Gua Musang Kelantan.... syok sangat dapat guide yg best... sampai bocor la kitorang wat.... 



Masa ni semua ok lagi... Layan slow je... Hehehehe....




Ni la detik yang paling best... Terpacak tu... Satu2nya group yang berani mati wat camni.... Tapi time ni passenger pompuan kitorg dah pindah kt rakit len... 



Lepas dh layan jeram tu, ni la yang jadi... Tapi mmg puas hati... Bila la dapat join aktiviti camni lagi ye.... Ade berani?

SM TEKNIK BATU PAHAT [LM]
Thursday, November 25, 2010 || 1:18 PM

DALAM BILIK GURU

KELAS 4 AWAM 1 (BOYZ)

 JAMUAN PERPISAHAN

 PENCERIA SUASANA KELAS


WA DAH NGANTUK NI DER.....

Sape kate jadi cikgu ni senang.... cakap boleh la... Jadi la dulu baru tau... hahaha....

KENANGAN MENJADI FASILITATOR
|| 12:59 PM

PERJALANAN KE KELANTAN
DENGAR TAKLIMAT
KETUA FASILITATOR BEREHAT...HEHEHE....
 POSING BAIK PUNYA.....
NI LA ANTARA KENANGAN MASA ZAMAN BELAJAR DULU... SATU MALAYSIA PUSING GI JADI FASI... ENJOY DOING THIS GOOD THING... MASA YANG ADA, PENUHILAH DENGAN KERJA2 YANG BERFAEDAH.... DAPAT MENAMBAH KEYAKINAN DIRI ANDA... HAAA... SELAMAT MENCUBA.... 



HARI YANG PENUH BERMAKNA
|| 12:24 PM


MAJLIS KONVOKESYEN 2008

Assalamualaikum semua.... Ni la saat yang paling bermakna dalam hidup aku. Setelah mengharungi pelbagai dugaan sebagai mahasiswa, sekarang mampu bergelar graduan. Banyak pengajaran yang aku dapat sepanjang berada di UTHM ni. Yang paling penting semua perkara yang berlaku menjadi pengalaman yang mengajar erti kehidupan sebenar....chewahhhh.




PERKARANGAN DTII
Tapi yang sedikit menyedihkan pada hari ni, ahli keluarga tercinta tak dapat hadir bersama-sama meraikan detik-detik kejayaan ni... Ingat lagi saat menerima 'skrol' ijazah aku ni, menitis air mata bila terkenangkan mak dan abah yang bersusah payah memastikan aku dapat menamatkan pelajaran. Tapi pada saat bahagia ni mereka tidak dapat bersama.

memancing memberi ketenangan
Tuesday, November 23, 2010 || 11:46 PM





Memancing ni satu hobi yang menarik.... Tapi untuk permulaan tu kena la berhabis juga.... Macam aku, dalam sebulan je leh habiskan RM1k untuk kelengkapan memancing.... Alhamdulillah, sekarang ni dah ada 4 set memancing.... Jenama tak penting, yang penting ada.... Tak perlu nak guna yang mahal-mahal pun... Tepuk wallet tengok duit.... Hehehe.... Ni salah satu tempat yang biasa aku pergi ngan member2 la... Kat batu pahat... Duit minyak je la kene kuar, sebab drive dari JB kn.... Tapi hasil tangkapan lumayan.... Macam2 ada.... Nak beli ikan? Pilih2, 4 kilo RM5 je.....

MY WIRA CK
Monday, November 22, 2010 || 1:22 PM


Tiba-tiba je rasa nak share pasal jentera kesayangan ni pada semua. Gabungan antara proton wira dan lancer ck4 menghasilkan kereta buatan tempatan yang dikenali di kalangan rakan-rakan sebagai wira ck. Ape yang menariknya tentang design jentera ni adalah bentuk yang menarik pada bahagian hadapan. Ia kelihatan lebih kemas dan cantik berbanding dengan design-design lain yang ada di jalan raya. Idea dan konsep asal diperolehi dari rakan PMC (Protonmania Club) iaitu saudara Rafique. Atas sokongan rakan-rakan seperjuangan maka terhasilah wira ck ni. Jutaan terima kasih pada Along atas hasil kerja yang sangat kemas dan halus. Memiliki jentera ini merupakan satu kepuasan dalam diri yang meminati dunia permotoran. Hehehehe.... Kalau terserempak tu boleh la kalau nak bergambar ye..... "Tengok boleh, pinjam sorry ye...."

MENCARI KEHIDUPAN YANG SANGAT BERMAKNA
|| 1:00 PM

Asslamualaikum..... Setiap makhluk Allah dimuka bumi ini menginginkan kehidupan yang sempurna. Tetapi, apakah erti kehidupan yang sempurna yang sebenarnya? Adakah kita melihat kepada kemewahan dunia semata-mata? Bagi individu yang mengetahui erti kesempurnaan hidup yang sebenar, mereka akan berusaha untuk mencapainya. Di sisi Allah s.w.t, kesempurnaan hidup adalah keseimbangan dalam hal dunia dan akhirat iaitu mencapai kebahagiaan di dunia, tanpa melupakan kebahagiaan di akhirat. Dewasa ini, ramai yang lupa akan perkara ini. Manusia sibuk mengejar kekayaan dunia tanpa menghiraukan akhirat. Disebabkan itulah, banyak berlakunya gejala sosial yang serius pada masa ini. Sedar atau tidak, kita telah diberikan petanda akan kebesaran-Nya. Namun begitu, manusia masih lagi leka melakukan maksiat. Semua manusia tidak sempurna, tetapi yang membezakan kita hanyalah kekuatan iman dalam diri. Mencari ketenangan hakiki dan kebahagiaan sejati adalah impian semua manusia. Tetapi bila kita akan mula mencarinya? Itu yang menjadi persoalannya. Renung-renungkanlah...........