“life will be better with smile”
November 2010
January 2011
HARI YANG PENUH BERMAKNA
Thursday, November 25, 2010 || 12:24 PM
MAJLIS KONVOKESYEN 2008
Assalamualaikum semua.... Ni la saat yang paling bermakna dalam hidup aku. Setelah mengharungi pelbagai dugaan sebagai mahasiswa, sekarang mampu bergelar graduan. Banyak pengajaran yang aku dapat sepanjang berada di UTHM ni. Yang paling penting semua perkara yang berlaku menjadi pengalaman yang mengajar erti kehidupan sebenar....chewahhhh.
PERKARANGAN DTII
Tapi yang sedikit menyedihkan pada hari ni, ahli keluarga tercinta tak dapat hadir bersama-sama meraikan detik-detik kejayaan ni... Ingat lagi saat menerima 'skrol' ijazah aku ni, menitis air mata bila terkenangkan mak dan abah yang bersusah payah memastikan aku dapat menamatkan pelajaran. Tapi pada saat bahagia ni mereka tidak dapat bersama.